Rabu, 12 Maret 2014
Browse Manual »
Wiring »
–
»
azizan
»
perseteruan
»
pm
»
politik
»
suka
»
tidak
»
Azizan Tidak Suka Perseteruan Politik – PM
Azizan Tidak Suka Perseteruan Politik – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah diajak berbicara dan menghormati pemimpin politik lain meskipun berlainan parti.
Menurutnya, selain itu, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang cenderung mengajak ke arah perpaduan sesama umat Islam agar menjadi lebih kuat.
” Allahyarham juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak suka kepada perseteruan politik yang berpanjangan atau perbezaan pendapat yang boleh merugikan umat.
” Pemergian beliau, adalah satu kehilangan buat kita, justeru saya sekeluarga mendoakan agar rohnya akan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
” Kepada keluarga Allahyarham, saya ingin mengucapkan takziah dan bersabar dengan ujian ini,” katanya yang dipetik dari lama Facebooknya di sini hari ini.
SEMENTARA itu, jenazah Azizan yang meninggal dunia pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.
Jenazah yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.
Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak danenam cucu.
Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar