Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014
Isu Curangi Isteri Buat Fauzi Nawawi Rasa Malu

PETALING JAYA – Pelakon Fauzi Nawawi berasa malu apabila timbul isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.
Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati.
“Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
“Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.
“Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Sebuah akhbar pada Khamis melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat.
Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan.
Sementara itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.
“Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
“Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk.
“Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan,” tegas Fauzi.
Dalam perkembangan lain, Fauzi kini sedang menjalani penggambaran drama Dialah Suamiku bersama-sama dengan nabila Huda dan Dazrin Kamaruddin terbitan Metrowealth International Group (MIG), siaran Astro Prima. – mStar Online
Jumat, 14 Februari 2014
Video Buat Kaki Palsu Dari Lego
Tidak memiliki anggota badan seperti kaki dari lutut ke bawah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang luar biasa bagi seseorang, tetapi ada sebilangan manusia yang tidak akan membiarkan kekurangan itu menganggu perjalanan hidup mereka.
Itulah yang dilakukan oleh Christina Stevens, 31 tahun, selepas kehilangan kaki kirinya selepas satu kemalangan awal tahun ini, yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.
Kecacatan juga tidak menghalang seseorang itu menjadi ikon internet, Christina kini menjadi sebutan apabila beliau merakamkan video beliau membina kaki palsu menggunakan Lego.
Menurut beliau, idea membina kaki palsu itu diperolehi daripada seorang kawan yang hanya bergurau mencadangkan kepadanya membina kaki palsu dari Lego terus membuatkan beliau membina kaki itu dan memuat naik video ke youtube.
Selain dari video berkenaan Christina yang berasal dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat juga berkongsi di Facebook pengalaman harian beliau tentang kehidupan seseorang yang sudah kehilangan anggota badannya.
Lebih 2,500 orang sudah menyukai Christina di laman sosial sekaligus mendorong beliau terus membantu golongan sama sepertinya untuk sama-sama berkongsi pengalaman.
Video lain di saluran youtubenya memaparkan cara-cara untuk berjalan mengunakan kaki palsu dan cara hidup seseorang yang kehilangan kaki.
Rabu, 01 Januari 2014
Tahniah buat semua jentera PRK Kuala Besut
| Harakahdaily, | 25 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak diatas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada PAS sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang lalu.
Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat.
Ianya termasuk soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen.
"Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya PAS sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut N01.
2. Disiplin dan keutuhan akhlak yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen ditambah pula dengan cabaran ibadah berpuasa merupakan cerminan tarbiyah jamaah dan sesuatu yang amat menginsafkan.
3. Juga kepada penyokong parti, anak-anak Kuala Besut di perantauan dan para pemilih yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi walau dihimpit waktu bekerja, terima kasih juga diucapkan.
Jazakallah khairan kathira. Barakallahu fikum.
4. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki. Yakinlah, usaha bakti kalian telah dicatatkan melalui tinta emas dengan janji kemenangan di akhirat kelak.
5. Memandangkan pilihanraya kecil ini merupakan satu kewajipan dakwah. Maka segala amalan wajib yang dilaksanakan di dalam kemuliaan Ramadhan ini diangkatkan pula darjatnya sehingga 70 kali ganda!
6. Jadi apakah perlu kita gusar dan sedih dengan keputusan ini sedangkan kemenangan yang lebih agung telah disediakan Allah?
7. Malah tiada apa yang boleh digahkan oleh BN dengan mempertahankan kerusi Kuala Besut. Kenyataan sombong kononnya UMNO-BN akan menggandakan majoritinya sehingga 4000 undi ternyata hanyalah satu omongan.
8. Setelah menjanjikan projek-projek dengan nilaian hampir RM 400 juta dalam tempoh sesingkat 2 minggu ini ditambah pula wujudnya dakwaan politik wang pada hari pengundian, UMNO-BN sekadar mampu menambah 158 undi dari jumlah majoriti yang dicatatkan ketika PRU ke13 dahulu.
9. Ianya membuktikan sogokan parti pemerintah semakin hilang ampuhnya dan para pengundi luar bandar mula terdidik untuk memilih dengan kebebasan jatidiri masing-masing. Sekiranya senario ini boleh dikembangkan, maka kami di Dewan Pemuda cukup optimis dengan perubahan yang bakal melanda di dalam PRU ke14 kelak.
10. Dikala UMNO-BN kelihatannya ketandusan cara untuk memperdaya dan mengelirukan pemilih dengan sogokan "politik pembangunan" mereka, PAS perlu terus istiqamah menyampaikan mesej dakwah yang syumul dengan malar segar bagi mendidik pemilih untuk melakukan perubahan.
11. Dari satu segi yang lain, calon dan jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat. Dari soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen.
12. Hasilnya pemerintah terpaksa menawarkan projek-projek segera untuk kembali memenangi keyakinan pengundi. Saya doakan agar tawaran-tawaran tersebut segera menjadi kenyataan kerana ianya adalah bukti peri penting pembangkang yang kuat dalam proses semak-imbang demokrasi yang akhirnya manfaatnya sampai kepada rakyat.
13. Kepada YAB TPM, MB, YB Timbalan Menteri Pendidikan dan kroni-kroni mereka yang sepanjang waktu berkempen banyak menanam tebu dimulut - jangan jadikan Kuala Besut satu lagi Galas atau Kerdau. RM 400 juta adalah janji yang amat besar. Buktikan keikhlasan tanpa beralasan panjang. Sesungguhnya besar laknat Allah bagi kata yang tidk dikota.
14. Kepada Sdr. Tengku Zaihan, tahniah di atas pemilihan saudara sebagai YB. Sekadar peringatan kepada saudara dan diri saya sendiri; jawatan itu bukannya hadiah tetapi amanah. Kepada Abe Che Long, ketulusan tuan mendepani cabaran PAS dalam PRK ini adalah contoh terpuji buat pemuda jamaah.
Allahu Akbar!
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Langganan:
Postingan (Atom)