Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Februari 2014
Katy Perry Pernah Mahu Bunuh Diri

LOS ANGELES – Penyanyi popular, Katy Perry mengakui yang dia pernah terdetik untuk membunuh diri selepas bekas suaminya, Rusell Brand mahu menceraikannya,” lapor akhbar Mirror semalam.
Dalam satu temu bual bersama majalah Billboard, Katy berkata, segala kesedihan yang dialami diluahkan menerusi lagu baharunya, By the Grace of God.
Lagu tersebut terkandung dalam album PRISM yang akan berada dalam pasaran pada 18 Oktober ini.
“By the Grace of God menyata- kan betapa sukarnya saya menghadapi saat getir itu (perceraian). Saya bertanya kepada diri sendiri “Adakah saya mahu bertahan? Perlukah saya terus hidup?” kata Katy.
Dia yang kini bercinta dengan penyanyi, John Mayer memberitahu, kisah perceraiannya diceritakan melalui lagu-lagu dalam album tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2010 dalam suatu majlis perkahwinan mewah di sebuah resort di di India.
Brand telah memfailkan perceraian mereka pada Disember 2011. – Agensi
Rabu, 01 Januari 2014
Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru
Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru | Polis tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kota Baharu.

Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.
Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.
“Setakat ini kita terima khabar angin sahaja yang mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.
“Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam. sumber
ReadFull Article ..

Langganan:
Postingan (Atom)