Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Maret 2014
Saya lebih senang jadi nelayan semula daripada jadi perdana menteri
Harakahdaily
| Hazayani Zakaria , | 17 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan.
Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.
"Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.
"Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini.
Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan menyuarakan pandangan dan kritikan.
"Demokrasi dalam PAS, kita membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya.
"Apa lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dansebagainya dan orang ambil pandagannya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus.
"Pembahagian kerusi dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding.

Senin, 03 Februari 2014
Kerana Takut Bini Fizz Fairuz Jadi Mangsa
Selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepasbimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.
Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Semalam Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.
Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.
Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).
“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.
Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.
Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.
Langganan:
Postingan (Atom)