Sabtu, 01 Februari 2014

Katy Perry Pernah Mahu Bunuh Diri


LOS ANGELES – Penyanyi popular, Katy Perry mengakui yang dia pernah terdetik untuk membunuh diri selepas bekas suaminya, Rusell Brand mahu menceraikannya,” lapor akhbar Mirror semalam.

Dalam satu temu bual bersama majalah Billboard, Katy berkata, segala kesedihan yang dialami diluahkan menerusi lagu baharunya, By the Grace of God.

Lagu tersebut terkandung dalam album PRISM yang akan berada dalam pasaran pada 18 Oktober ini.

“By the Grace of God menyata- kan betapa sukarnya saya menghadapi saat getir itu (perceraian). Saya bertanya kepada diri sendiri “Adakah saya mahu bertahan? Perlukah saya terus hidup?” kata Katy.

Dia yang kini bercinta dengan penyanyi, John Mayer memberitahu, kisah perceraiannya diceritakan melalui lagu-lagu dalam album tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2010 dalam suatu majlis perkahwinan mewah di sebuah resort di di India.

Brand telah memfailkan perceraian mereka pada Disember 2011. – Agensi
ReadFull Article ..

Jumat, 31 Januari 2014

Berkreasi dengan corak bendera



























































Kreasi bendera1
Kreasi bendera2
Kreasi bendera3
Kreasi bendera4
Kreasi bendera5
Kreasi bendera6
Kreasi bendera7
ReadFull Article ..

Kamis, 30 Januari 2014

Imam Perancis cipta masjid bergerak

MODEL Mihrabox yang mudah dipasang di mana-mana.

PARIS - Seorang imam di sebuah masjid di sini, Hassen Bounamcha mengtinjauankan sebuah masjid mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana dan dibina dalam masa singkat untuk kemudahan musafir menjalani ibadah solat.

Dia yang juga pereka sambilan berkata, ciptaannya itu setinggi dua meter dengan dikenali sebagai Mihrabox seumpama struktur mihrab di masjid yang ditinjauankan daripada kertas keras, papan lapis dan plastik polisterin.
"Ia hanya berharga 450 euro (RM1,779) dan untuk versi kanak-kanak cuma 69 euro (RM272)," katanya yang berharap dapat menjual seribu unit untuk tahun ini ketika ditemui wartawan akhbar popular Le Parisien. - Agensi
Link "Mihrabox"

ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru | Polis tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kota Baharu.
Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.

Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.

“Setakat ini kita terima khabar angin sahaja yang mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.

“Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam. sumber


ReadFull Article ..

Dinamit Hilang Mampu Ratakan P’limen Indonesia!

Dinamit

JAKARTA – Kehilangan 250 dinamit milik Syarikat Multi Nitrotama Kimia (MNK) ketika bahan letupan itu dalam perjalanan dihantar ke sebuah gudang di Bogor, Jawa Barat,Rabu lalu mengundang kerisauan banyak pihak.
Hal ini kerana jika dinamit sebanyak itu digunakan untuk aktiviti keganasan, ia mampu mendatangkan kemusnahan yang dahsyat.
Meskipun peledak itu biasanya digunakan sebagai bom ikan, 40 dinamit berkenaan sudah cukup untuk meratakan bangunan Kompleks Parlimen Indonesia!
Kebimbangan ini dilahirkan Wakil Ketua Komisioner I DPR asal Fraksi PDI Perjuangan, TB Hasanudin.
Selain mendesak agar kehilangan ini diambil berat, beliau turut menyarankan agar bahan peledak yang tidak dapat dikesan oleh pengesan logam seperti ini melalui kawalan lebih ketat setiap kali dibawa keluar selepas ini.
Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Korporat MNK, Ronny Saefulloh menyatakan bahawa syarikat berkenaan tidak bertanggung jawab atas kehilangan berkenaan.
Ini berikutan bahan peledak tersebut sebenarnya sudah dibeli Syarikat Batu Sarana Persada, dan kehilangan berlaku setelah pelanggan mereka membawa sejumlah dinamit berkenaan keluar dari gudang MNK.
ReadFull Article ..

Wanita BerOtot Dawai BerTulang Besi

Irene Anderson adalah wanita bina badan yang berasal dari Sweden,Yang memiliki otot seperti lelaki.Demi hobi yang di gemarinya beliau sanggup berkorban menukar tubuh seksinya kepada tubuh sasa.Pengorbanannya berbaloi kerana beliau sering memenangi pertandingan bina badan wanita.Dan menjadi buruan wartawan seperti seorang selebriti.






LIHAT VIDEO
ReadFull Article ..

Korban rombongan perkahwinan

Dua lelaki nekad mengharungi arus deras di lokasi kejadian.

SANAA - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 41 hilang apabila kenderaan rombongan perkahwinan dihanyutkan arus banjir deras di selatan Yaman, semalam.

Jurucakap pegawai daerah Sharaab berkata, mangsa adalah wanita dan kanak-kanak di dalam tiga kenderaan.

"Kejadian berlaku apabila mereka melalui jalan raya di lembah Wadi Nakhla terletak antara Taiz dan wilayah Ibb," katanya yang turut mengesahkan lapan mangsa diselamatkan termasuk pengantin perempuan.

Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab.  -  Al-Jazeera
ReadFull Article ..