Jumat, 14 Februari 2014

Video Buat Kaki Palsu Dari Lego

Kaki Palsu

Tidak memiliki anggota badan seperti kaki dari lutut ke bawah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang luar biasa bagi seseorang, tetapi ada sebilangan manusia yang tidak akan membiarkan kekurangan itu menganggu perjalanan hidup mereka.
Itulah yang dilakukan oleh Christina Stevens, 31 tahun, selepas kehilangan kaki kirinya selepas satu kemalangan awal tahun ini, yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.
Kecacatan juga tidak menghalang seseorang itu menjadi ikon internet, Christina kini menjadi sebutan apabila beliau merakamkan video beliau membina kaki palsu menggunakan Lego.
Menurut beliau, idea membina kaki palsu itu diperolehi daripada seorang kawan yang hanya bergurau mencadangkan kepadanya membina kaki palsu dari Lego terus membuatkan beliau membina kaki itu dan memuat naik video ke youtube.
Selain dari video berkenaan Christina yang berasal dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat juga berkongsi di Facebook pengalaman harian beliau tentang kehidupan seseorang yang sudah kehilangan anggota badannya.
Lebih 2,500 orang sudah menyukai Christina di laman sosial sekaligus mendorong beliau terus membantu golongan sama sepertinya untuk sama-sama berkongsi pengalaman.
Video lain di saluran youtubenya memaparkan cara-cara untuk berjalan mengunakan kaki palsu dan cara hidup seseorang yang kehilangan kaki.
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Gambar Ikon Fesyen Wak Doyok Disalahguna


Jika anda mengikuti perkembangan fesyen tanah air, pastinya anda mengenali figura bernama Wak Doyok ini.

Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment.

Apa yang uniknya pada Wak Doyok ini ialah misainya yang ala-ala pelakon veteran A.Galak selain ramai jejaka di luar sana menjadikan fesyennya sebagai satu ikutan.

Namun, sejajar dengan populariti yang diraih oleh Wak Doyok, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan imej mukanya untuk tujuan yang tidak baik.

Menerusi gambar tersebut yang dikongsikan sendiri Wak Doyok di laman Instagramnya, mukanya telah diconteng dengan warna hijau dengan disertakan ayat seperti ‘serangga perosak Wak Dol’.

Hmm, macam-macam orang sekarang ini.

Tak puas hati dengan orang tu, macam-macam dibuatnya.

Adalah lebih baik buat sesiapa yang busuk hati dengan Wak Doyok, bersemuka dengannya daripada melakukan perkara sebegini.

Pihak yang melakukan perkara sebegini boleh diibaratkan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Apa Ada Dalam Beg Siti Nurhaliza…Jom Selongkar!

Salam semua,


Apa Ada Dalam Beg Siti Nurhaliza…Jom Selongkar!

Bagi setiap individu yang bergelar wanita tidak lengkaplah penampilan mereka jika penggayaannya tidak dipadankan dengan satu tas tangan.
Tas tangan boleh dikatakan sebagai salah satu keperluan bagi setiap wanita. Ia juga merupakan antara aksesori yang digelar sahabat karib bagi golongan wanita.
Tidak kira usia tua mahupun muda pasti golongan wanita ini akan mengenakan apa sahaja jenis tas tangan dengan penampilan mereka asalkan ianya bersesuaian. Kebiasannya tas tangan akan menjadi satu ruangan bagi wanita untuk menyimpan apa sahaja keperluan asas harian mereka.
Contoh barangan yang ada didalam tas wanita seperti Handphone, Minyak wangi, Set kecantikan dan juga Kaca mata.
Selebriti terkenal Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang individu yang sangat gemar bergaya dengan pelbagai jenis tas tangan.
Namun begitu sebagai seorang selebriti beliau sememangnya telah khaskan satu tas tangan yang sentiasa dibawanya ketika beliau bekerja ke mana sahaja.
Mari kita lihat apa yang beliau bawa dalam tas tangan beliau.
Pelbagai keperluan yang Dato Siti Nurhaliza bawa didalam tasnya. Ini boleh memudahkan juga urusan seharian beliau kerana segala yang beliau perlukan ada didalam tas tangan beliau.
Jadi memang benarlah tas tangan merupakan antara keperluan wajib bagi golongan wanita. (Ohbulan.com)



ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

Joke Siang

Suatu Hari Amerika bertinjauan mengembangkan sebuah robot canggih yang mampu menangkap pencopet dengan melacak dan mengenali pencopet yang berkeliaran di depannya, untuk melakukan uji coba robot tersebut ditempatkan di beberapa tempat belahan kota di dunia yang rawan pencopet

Pertama, diuji coba di Barcelona-spanyol, dalam 30 menit robot tersebut mampu menangkap 20 pencopet. wow! polisi spanyol terkesan!

Kedua, diuji coba di London-Inggris, dalam 30 menit robot itu mampu menangkap 50 pencopet. luar biasa! kata polisi Inggris.

Ketiga, diuji di Newdelhi-India, dalam 20 menit robot tersebut menangkap 100 pencopet. Luar Biasa! Polisi India langsung memesan 1000 unit.

Keempat, dipasang di Jakarta-Indonesia, dalam 3 menit polisi Indonesia kebingungan dan terheran heran sambil berkata "Perasaan tadi dipasang disini deh, kok udah gak ada...!!!!"


ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Replika Taj Mahal bernilai RM55 juta


Golongan lelaki kini berpeluang membeli Taj Mahal dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

 
Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, mengtinjauankan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal ditinjauankan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu ditinjauankan dengan teliti dan tepat.

"Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

"Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita mengtinjauankan replikanya yang diperbuat daripada emas," kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi mengtinjauankan replika yang benar-benar serupa.

"Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika."Biarpun menelan belanja yang banyak untuk mengtinjauankannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta)," ujarnya.[utusan]
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Februari 2014

Para Doktor dan Jururawat Terlibat Penyiksaan Suspek Teroris

5 Nov 2013

Para Dokter dan Perawat Terlibat Penyiksaan Tersangka Teroris

AFP/File, Chantal Valery
Bendera Amerika Syrikat terlihat di balik kawat duri di pangkalan Tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba. Foto diambil 7 Ogos 2013. 
TRIBUNNEWS.COM - Para doktor dan jururawat yang bekerja di bawah tentera Amerika Syrikat terlibat dalam penyiksaan suspek teroris. Demikian menurut laporan bebas di AS.

Kajian menyebutkan para kakitangan perubatan membantu merancang dan berpartisipasi dalam penyiksaan dan perlakuan kejam, tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan. 

Laporan disusun oleh sebuah panel bebas yang terdiri dari tentera, kesihatan, etika dan pakar undang-undang. Baik badan intelijen CIA dan Pentagon menyanggah penemuan dalam laporan itu.

Kajian selama dua tahun itu dilakukan oleh Institute of Medicine dan Yayasan Open Society yang didanai oleh George Soros. Laporan menyebutkan perlakuan kejam dimulai di penjara Amerika di Afghanistan, Teluk Guantamo di Kuba, dan tahanan rahsia CIA setelah serangan 11 September 2001 di AS
"Apa yang kami temui adalah kementerian pertahanan dan CIA merubah standard etika untuk memfasilitasi keikutsertaan tenaga kesihatan profesional dalam perlakuan kejam tahanan. Dan tindakan itu masih terjadi," kata Rubenstein, satu di antara penulis laporan, Leonard Rubenstein, seperti diberitakan BBC Indonesia, Isnin (4/11/2013).
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Februari 2014

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Salam semua,






1.Tidak mengambil sarapan pagi.Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan  pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.Terlebih makan.Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3.Merokok.Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.Mengambil Gula Berlebihan.Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Menghidu Udara Yang Tercemar.Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6.Tidur Yang Berlebihan.Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7.Tidur Dengan Menutup Muka.Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.Kurang Berimaginasi.Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.Jarang Berfikir.Janrang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.Tidak Membaca Al-Quran.Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

~sumber~



ReadFull Article ..