Tampilkan postingan dengan label ikrar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ikrar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

KPN ikrar siasat menyeluruh kes babitkan Pengerusi MyWatch


July 28, 2013
 
Ketua Polis Negara berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tembakan membabitkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan di Bahau petang semalam.

Berharap mangsa segera sembuh, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Bukit Aman akan memantau siasatan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyelia kes itu.

“Bukit Aman akan memantau dengan teliti penyiasatan kes tembakan Sanjeevan di Bahau. Pengarah JSJ sendiri yang akan menyelia,” kata Khalid dalam satu kiriman tuitnya hari ini.“Saya beri jaminan kepada keluarga dan orang ramai yang siasatan kami akan melihat segala aspek termasuk mereka yang pernah disebut oleh SS dahulu,” katanya.
Sebelum Sanjeevan ditembak, beliau membuat aduan diancam berhubung pendedahannya terhadap salah laku polis.

Sanjeevan melalui satu kiriman tuit semalam menulis: “Seorang anggota mengarahkan sindiket untuk mengacukan tembakan rumahnya untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarga.
Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang bersenjata menaiki motosikal di Bahau. - 28 Julai, 2013.TMI
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya

Harakahdaily, 06 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.

"Seluruh jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sebelum ini beliau yang juga pernah melontarkan ikrar tersebut ketika berceramah di hadapan 50 ribu hadirin ketika Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Pokok Sena 31 Januari lalu.

Turut serta dalam ceramah itu sebelum ini termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Razak.

Pada PRU 2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada 15 kerusi parlimen di negeri itu dengan enam kerusi dimenangi PAS dan lima lagi oleh PKR.

Kerusi yang dimenangi PAS adalah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Jerai, Sik dan Baling.

PKR pula menang di Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai serta Kulim Bandar Baharu manakala BN pula menang di empat kerusi iaitu Langkawi, Jerlun Kubang Pasu dan Alor Setar.
ReadFull Article ..