Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014
Berita Setpol MB Kedah Ditahan SPRM Adalah Fitnah Blogger Umno
22 July 2012
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS KEDAH DITANGKAP KERANA RASUAHTUDIA BERITA PANAS DI ATAS... Kedah La kutip dari sebuah blog pro Perkasa yg ada jugak kena mengena dengan UMNO. Berita tersebut kemudiannya dipanjangkan oleh cybertrooper UMNO yg lain.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Sanusi Md. Noor kini berada di dalam tahanan lokap SPRM.
Beliau juga merupakan Setiausha Politik kepada Azizan Razak MB Kedah di tahan atas tuduhan/dakwaan RASUAH bernilai Rm 1.3 Juta dan munkin lebih dari itu.
Sasaran berikutnya ialah Hj. Mohd Puad Bin Mohd. Ali, beliau merupakan sepupu kepada Azizan Razak.
Nampaknya setelah Iblis Laknatullah dirantai di bulan Ramadhan, ada jugak blog yang seolah2 mengambil alih kerja setan Iblis melakukan kejahatan, menipu, memfitnah serta membangkitkan kegelisahan di kalangan rakyat.
Oleh kerana admin Kedah La semua berpuasa Ramadhan maka tak maulah nak komen lebih2 takut terlajak pulak, maklumlah keyboard komputer ini bukan ada tulang. Kepada Tuan Sanusi Setpol MB Kedah harap bersabar dengan fitnah jahat itu... tapi kalau buleh tu buat report pun syok jugak...
Kedah La akan bantu beri maklumat lengkap pengendali blog tu. Biag dia termonyeh2 sambil tutup muka dengan gari bila polis buat perintah tahanan reman nanti.
http://kedahla.blogspot.com
Selasa, 18 Februari 2014
Muhyiddin memberi markah “E tolak” kepada Pakatan Di Kedah Ini jawapan Amirudin
TPM bohong tentang Kedah, Mukhriz diam, sindir PAS
Menjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.
Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan tinjauan pelaburan.
“Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!” katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.
Amiruddin (kiri) yang juga calon di situ berkata, pada zaman BN purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion setahun.
Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.
“(Waktu Muhyiddin berucap) di sebelah dia ada Datuk Mukhriz, timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan dan perindustrian negara.
“(Mukhriz kata) Saya bangga jadi anak Kedah. Tapi bila orang sebut fakta tak betul, bangkitlah perbetul. Tapi dia tak mempebetulkan.
“Sepatutnya timbalan menteri patut bangun, (kata) apa yang Tan Sri sebut tu, tak berapa tepat,” sindir Amiruddin pada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diura-urakan sebagai calon menteri besar BN.
Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.
Muhyiddin memberi markah “E tolak” kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.
‘Dulu banyak pintu tol’
Amiruddin juga memberikan contoh lain usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.
Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat “di atas meja”, dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.
Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan “terlalu banyak kos dan pintu tol”.
“Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan,” katanya.
Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat tinjauan balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.
Senin, 16 Desember 2013
PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya
| Harakahdaily, | 06 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.
"Seluruh jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sebelum ini beliau yang juga pernah melontarkan ikrar tersebut ketika berceramah di hadapan 50 ribu hadirin ketika Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Pokok Sena 31 Januari lalu.
Turut serta dalam ceramah itu sebelum ini termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Razak.
Pada PRU 2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada 15 kerusi parlimen di negeri itu dengan enam kerusi dimenangi PAS dan lima lagi oleh PKR.
Kerusi yang dimenangi PAS adalah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Jerai, Sik dan Baling.
PKR pula menang di Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai serta Kulim Bandar Baharu manakala BN pula menang di empat kerusi iaitu Langkawi, Jerlun Kubang Pasu dan Alor Setar.

Langganan:
Postingan (Atom)